Friday, June 11

10 Actions You Want To Achieve In Your Life

Saya agak tertarik untuk membuka topik ini selepas membaca blog seseorang yang sangat adorable, Afeeqa.

Sebenarnya agak takut juga untuk bercakap pasal topik ni, yelah macam-macam yang difikirkan. HAHA. Tapi buwat biasa je lah.. Alaa sebagai preparation. Okay lah kita bagi top 10 lah list yang paling nak dibuat.










1) Mestilah nak kahwin dengan pilihan hati, yang baik, dan diredhaiNya dan dapat anak yang baik-baik, nak jadi mama yang baik-baik, bahagia sampai bila-bila. Banyaknya kata ganda. Senang cerita Full Package lah. Kalau boleh, dah couple tu nak sampai kahwin lah. HIHIHI

2) Nak dapat kerja yang profesional dan gaji yang tinggi melambung. Kalau boleh nak labur untuk bisnes sendiri iaitu: biarlah rahsia saya seorang.

3)Kalau boleh nak dapat title Ir. or Dr. lah macam papa saya. Ataupun Datuk ke. HAHA. Datin?? emmm tengoklah suami saya nanti. HAHA berangan je. Kalau boleh saya nak dapatkan title dengan hasil titik peluh sendiri.

4) Nak dapatkan banglo dan kereta mewah. Ye lah kalau dapat income tinggi nak juga benda-benda mewah ni. HIHI. INSYAALLAH, AMIN.

5) Bawa keluarga saya termasuk adik beradik pergi melancong di Venice mungkin. WAH. Banyaknya duit. Kalau tak cukup budget, saya nak bawa papa dan mama je lah.

6)Nak jadi vogue WAKAKA. Nak ada set make-up yang best! i love make over!.

7) Koleksi baju-baju dan kasut-kasut macam dalam cerita Shopaholic tu. The Girl In The Green Scarf.

8) Sebelum pergi melancong mestilah menunaikan HAJI dengan suami mungkin. HIHI. Menunaikan Haji ada dalam rukun Islam bagi yang berkemampuan.

9) Boleh makan apa sahaja yang halal dan beli apa sahaja tanpa budget-budget. Macam bunyi jutawan je tu. HAHAHA.

10) Dan paling utama mestilah mengamalkan hidup berpandukan Al-quran dan As-sunnah.