Wednesday, December 22

Pembaca Berita


Pembaca berita kunuk! Pembaca ke penyampai berita ke tak kisahlah, asalkan definisinya sama. Sorry image tak clear, ambil dari video. Pic(bottom) abang kamera tengah tunjuk ajar. Pic(top) dah get ready. HAHA. Pengalaman yang best dan sangat-sangatlah lawak antarabangsa. ADOI. Menyampah bila melihat muka sendiri di kaca televisyen. Macam haprak. Bila dah rasa duduk depan kamera sambil baca text, bukan senang, mahu-mahu tersyasyul seribu kali campur dengan berdebar-debar. Mungkin first time kunuk. Jakun. KAH KAH. Apa-apapun keyakinan itu mesti tinggi. Kalau ada confident bukan condifent, hasilnya pasti bagus. InsyaAllah. Macam juga public speaking. Ada berani? Saya tak. HAHA.

Terima Kasih TV3 Buletin Utama kerana memberi saya peluang!

Sunday, December 19

Make Money While Being A Full-time Student


Venue: Dewan Jubli .... Johor Bahru
Date: 18 Dis 2010

Lupa apa nama tempat ini. Pergi kahwin anak saudara papa. Congrats. Sebelah table tu pelakon Linda Hashim, muka comel lote, sekali merokok kau. Ada aku kisah? Lalalala. Flu teruk disebabkan kena tuam ekon hotel. Aku dok mengelamun jauh... JAUH.... HAHA. Disebabkan baru baik daripada food poisoning, takut aku nak makan banyak banyak lagi lagi kenduri. Hati-hati. Aku tak nak banana berbuah dua kali.

YES! dapat duit bisnes buat assignment student PJJ (Part time Student). Ambik murah je, tak mahal. 1 page = rm 10 excluding references and summary (depends). Kalau dah 10 pages? RM 100! Mana nak dapat RM 100 free-free! Sekarang nak melabur saham kat jamban pun kena bayar taw! Mari-mari, yang penting customer puas hati. Sepenuh jiwa aku buat macam buat assignment sendiri tahu tak. Pandai-pandai lah cari lubang mana nak dapat customer. Kawan kepada kawan. Try beranikan diri tanya kotkot kawan papa atau mama. Kalau dah dapat satu, boleh kembangkan menjadi dua, tiga, empat. Suruhlah diorang promote as "pembuat assignment". HAHA. Tebalkan muka. Kalau orang dah ada kerjaya, sibuk memanjang, gerenti takde masa nak buat assignment. Gerenti mereka sanggup bayar berapa sahaja asalkan assignment mereka dapat submit. Tapi ingat, jangan terlampau demand value money, kang customer lari padan muka hang. Satu lagi, walaupun course diorang lain anda tak penah belajar, jangan khuatir, jangan risau, google kan ada. Try cari notes dari situ. Kalau tak pun, minta diorang reference book. Selalunya assignment part time student ni tak lah secomplicated sangat. InsyaAllah, boleh tu. Jangan give up, baru separuh baca soalan dah cakap tak boleh. Kalau tak pun boleh minta pakwe tolong carikan sumber maklumat ke. Senang kerja mak ngah!

Papai~

Saturday, December 4

Puteri Metro On Harian Metro

Kalau perasan lah, tahun kelahiran tu ada typo error. It should be 1990, instead of 1988. HEHE. Jarang-jarang dapat peluang macam ni, bukannya macam Datuk Siti. Ewah. Bersyukur menjadi salah satu model Puteri Metro. Lepas ni,nak jinak-jinakkan diri lagi lah dalam bidang ni, padahal tak cukup ketinggian, setakat 162cm apa barang. HAHA. Perah santan je lebih. Lainlah Hanis Zalikha, ini Izreen Yasmi binti Ismail je. Je?? Dah, stop. Tapi yang tak tahannya, impian nak kerja di pelantar minyak (konon), di bawah sinar lampu minyak tanah, eh matahari yang panas terik di tengah lautan. Tapi setahu aku lah, sepanjang zaman persekolahan aku, aku tak pernah ikut sebarang aktiviti berpanas terik seperti marching, etc. HAHA. Paling-paling indoor macam catur. Satu lagi aku ni memang puteri lilin. Sunburned sikit dah nak nangis. Dasar mengada-ngada. HAHA. Tapi oleh sebab gaji kerja ni lumayan, agak-agak boleh lah. Boleh jalan, eh boleh bah! Malaysia Boleh! HAHA. Doa-doakan lah yang terbaik okay. Amin. =)


Sedikit gambar-gambar semasa photoshoot berikut. Excuse for my gigi rabbit dan taring, tak rata lah. (T.T)



Credit to;
Photographer: Datu Ruslan
Wartawan: Fardy Bungga
A bunch of Thank You! May Allah bless you.



Alaa connection error while uploading some more pictures. Next time lah ye. =)