Sunday, May 21

Hotel Disneyland Paris dan Cara nak pergi ke City of Paris

Bonjour!!!

Ya Tuhan lamanya tak post blog. Baru ada masa nak edit blog dan padam pos2 jiwang dulu masa umur2 tak matang. Bila baca balik "aku ke yg tulis ni?' malunyaaa!! HAHAHA! tapi tinggalkan sikit bukti penulisan yg tak matang. Aku start tulis blog umur 20 thn kot, skrg dah 27 thn dah kahwin dah pun -.-'

Ok start cerita pasal Paris. Aku cuba google blog2 org Melayu yg travel Paris tp semuanya stay berdekatan City. Aku punya hotel nearby Disneyland. Aku stay Hotel Relai Spa Chessy Val' D Europe! Sumpah best siak hotel dia siap boleh masak lg. 4 hari 3 malam.

Location: Hotel Relai Spa Chessy 
-berdekatan dgn Outlet La Vallee, 15 minit walking distance.
-5 minit RER Val D' Europe Station.
-5 minit to Disneyland Paris by free shuttle service, RER A towards Marne La Valle only 1 station. Euro 1.90 pp.

-Banyak kemudahan, free shuttle to Disneyland, boleh masak dia sediakan alat2 semua, bilik besar just nice, swimming pool, spa, etc

From Airport to Hotel.

Aku buat kajian seminggu sebelum datang, compare harga bagai semua. Banyak site yg membantu mcm Trip Advisor, VisitAcity (utk itinerary), site Paris Metro System tu sendiri utk tgk harga. Sila lah buat homework sebelum pergi mana2 supaya perjalanan korang smooth.

Ada dua option:


1) Dari Airport, beli tiket RER B, Euro 9.80 tak salah, pastu stop kat Chatelet, then tukar RER A Euro 7.60 stop kat Val D'Europe. Kalau nak turun Disneyland turun kat Marne La Vallee Station.  Ni harga one way utk sorang. Ni kalau duduk area city berbaloi naik je RER B.

2) Aku pilih option ni. Guna TGV train. TGV train ni kat terminal 2. Beli tiket awal2 kat website dia. Aku stay UK so aku beli through Voyages.uk. Ko nak beli on the spot pun boleh tp mahal lah. Tiket boleh hantar rumah kalau beli awal, kalau mcm aku last minit kena print tiket kat airport. Tengok machine warna Kuning tu lah dia! Harga one way utk dua org dalam 30 euro. Beli awal lg murah, aku beli last minit. Lebih kurang je. Yang ni dah la direct je lepastu 10 minit je pegi Marne La Vallee. Memandangkan hotel aku kat Val D' Europe, aku tukar RER A satu station je euro 1.90 pp. Sesuai la utk anak segerombolon atau luggage kau yg berkilo2. Daripada bayar private transfer dah cekik darah ataupun RER nak bersesak2 dgn penyeluk sakunya lagi. LOL. Masa balik aku mintak free shuttle hantar Disneyland, terus naik TGV to Charles De Gaulle Airport. 10 minit je. RER 1 jam lebih perjalanan. CHOOSE WISELY. Muwahahahaha!!



From Relaispa Chessy to Paris City

1) Paris Visite, lg mahal sikit tp 24 jam, boleh pilih berapa hari berapa banyak zon ko nak, tp yg buat aku turn off tu sebab RER dia boleh guna dalam ZON 1 je. Memandangkan kita area Disneyland kita jatuh pada ZON 5. So, aku tak pilih ni. Banyak option Carnett Tiket yg 10 tiket tu tp aku kaji mcm tak boleh guna utk RER zon 5. 

2) So aku pilih guna MOBILIS TIKET. Mobilis Tiket ni unlimited ride ko naik lah ride apa2 pun  (bas,subway, rer, metro, etc) asalkan dalam zon yg kau beli. Kena beli zon 1-5 sebab hotel dlm area zon 5. RER unlimited. Kecuali RER to Airport. RER to any Airport invalid. Kena beli asing kalau nak turun airport. Mobilis ni utk dua org 34 Euro. Do the math. Tapi dia valid utk hari tu je sampai midnight. Tapi aku bet ko takkan tahan sampai tgh malam kalau nak cover paris attraction dalam sehari. Penat -.-'



Kenapa pilih hotel berdekatan Disneyland?

Sebab aku peruntukkan satu hari utk pergi disneyland. Lagi2 korang yg bawak anak2 better stay la hotel berdekatan Disneyland. Senang nak balik tghari makan ke (makan kat dalam beratur plus mahal), tukar baju ke apa2 ke, then pegi balik Disneyland, scan je guna tiket yg sama. Nasib baik kami ambik hotel dekat dgn disneyland, dah la ramai gila org panas lg, aku pulak naik first ride (Hyperspace Mountain) dah pening so bad mood. Balik hotel kejap rehat kejap, dah tak pening sambung balik. LOL. Lagipun Paris Attraction yg penting boleh cover seharian, mcm Eiffel Tower, Notre Damme, Musee de Lourve, Luxemborg, Arc De Triomphe, Hard Rock Cafe Paris. Apps yg berguna utk tau nak ambik bas or metro or apa2, guna je Google Maps. Memang berguna sangat. Tips belajar sikit2 bahasa dorang contoh, Mercie (TQ), Bonjour, Ah re voir, etc. Dorang akan layan dengan baik in sha Allah. 



Gambar2 dan video upload instagram je. Itu je kot nak kongsi. Sebab rata2 blog cerita duduk area city. So nak share jugak pengalaman yg tak seberapa ni. Ah revoir!